Dup..Dap..Dup..Dap..Dup..Dap…
Aik!! Pehal ngan jantung aku ni??? Tetiba je bedegup laju..selalu kalau berlaku situasi cam ni..bila aku nampak Darius je..tak kan la nampak Imran jantung aku boleh berdegup cam tu skali..sakit ke aku ni??
“Hei..kenak kau pok?? Tetiba wat muka orang berpenyakit ni kau ok ka?” Tanya Imran lantas menghentikan lamunan Erika.
“hah?? Sakit?? Ney da..aku ok r..asal lambat?? Penat tau nak cop tempat kau pok!” balas Erika
“Sorilah..aku bangun lewat tadi..main Mafia War sampai pagi… “
“Mafia..Mafia..tak abis-abis ngan game..hem..apa nak jadilah kau ni !!” marah Erika sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.
“hah!! Malam ni kau gie tak tengok B.O.B kat town?” tambah Erika
“kenak?? Kau mau pegi ka pok??”Tanya Imran
“mesti la nak..”balas Erika girang
“sik payah pegilah…bahaya..kau tu perempuan..lagipun bende tu mesti abis lewat malam..”tegah Imran
“Alah..bukan aku sorang je perempuan kat situ..”
“cube kalau aku cakap tu ikut..jangan nak bantah..” tinggi suara Imran membantah
“yelah..yelah..aku tak gie lah..” balas Erika untuk meredakan keadaan setelah melihat air muka Imran berubah.
Eleh!! Macam la dia pakwe aku nak marah-marah..hehehehehehe tak pe aku tak pegi B.O.B aku kuar ngan Darius la jawapnya…lagipun Darius ajak gie tengok wayang malam ni…yepi..!!!!
Habis satu almari digeledah Erika untuk mencari pakaian yang sesuai kerana malam ni Erika akan keluar menonton wayang dengan Darius yang menjadi lelaki pujaan hatinya.
“adoi..baju mana yang aku nak pakai ni??” Tanya Erika sendirian sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
“nape ni Erika..kusut je aku tengok ko ni?” Tanya Fai yang merupakan teman baik dan teman sebiliknya
“aku nak kuar ngan Darius malam ni..tapi tak tau nak pakai baju pe?” jawab Erika sambil matanya melilau mencari pakaian yang sesuai
“ini kes berat ni..pe kate ko tak payah pakai baju..selesai masalah” balas Fai dengan muka yang tidak bersalah
“ko pernah baca artikel tak Fai? Seorang kawan baik dijumpai mati tercekik kasut saiz 6 kat kolej kita ni?” Tanya Erika dan disambut dengan derai tawa dari Fai
“adei..emo la pulak..selalu cakap imran tu emo..ko pun sekarang dah dua kali lima ngan dia..” jawab Fai setelah menghabiskan sisa ketawanya
“betul la aku cakap..satu kilang pakaian pun takkan cukup tok ko..maklum sumenya tak perfect kat mata ko..hei..juz be ur self k!! tau lah nak kuar dengan Darius”tambahnya lagi
“hem..tol gak cakap ko kan..thankz Fai..” Erika bersetuju dah terus memilih sehelai t-shirt diesel di pandankan dengan jeanz dan sehelai tudung.
“tada….!!! This is who I’am”
“macam tu la.. k hati-hati tau!! Jangan gatal-gatal” pesan Fai
Suasana di luar panggung wayang memang riuh-rendah, majoriti semua yang ada di situ merupakan kenalan kepada Erika. Tersenyum mereka melihat Erika dan Darius jalan beriringan mungkin mereka menjangkakan ada sesuatu di antara mereka berdua.
Fuh!! Ramainya budak satu U dengan aku ni..adoi..junior pun ada gak ke??alamak lemah tol la..dah la aku ni L.O… adei..mintak-mintak la aku tak kantoi ngan Imran kuar malam ni..Ya Allah..selamatkan la hambamu ini..
“Erika..nak makan pape tak?” Tanya Darius
“emmm..amik yang kombo set tu jer la..” balas Erika sambil tersenyum
“ok..tunggu sini jap eh..darius gie beli jap..” pinta Darius lantas terus ke kaunter untuk membeli makanan.
Sedang Erika menanti Darius, tiba-tiba bola matanya tertumpu kepada susuk tubuh yang amat dikenalinya..
“Imran!!!” jerit Erika lembut
Ya Allah..macam mana dia pun leh ada kat sini..adoi..nak sembunyi kat mana ni???
Berpusing-pusing Erika mencari tempat untuk bersembunyi, namun usahanya itu tidak berjaya kerana Imran telah menyedari kehadiran Erika. Perlahan dia menuju ke arah Erika yang berada tidak jauh daripadanya dan terus mengetuk kepala Erika.
“adoi..sakitlah pok!!” marah Erika sambil mengusap-usap kepalanya
“tau sakit..ni apa hal kau ada di sitok pok??” Tanya Imran serius
“aku kuar ngan kawan aku la..”jawab Erika ringkas
“kawan kau sapa?lelaki ka perempuan?berapa ramai yang ada?kenak sik bagitau kat aku yang kau nak kuar?”bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Imran
“mana satu aku nak jawap dulu ni?”Tanya Erika cuba mengubah topik perbualan
“jangan nak putar soalan eh!!! Mana-mana pun boleh janji kau jawab”
“aku kuar ngan Darius..bukan mak nyah and bukan perempuan..aku keluar berdua ngan dia..terlupa nak bagitau kat ko la..”jawab Erika dengan nada suara yang begitu perlahan
“bukan mak nyah and bukan perempuan maksudnya lelaki lah!! ni dah lebih ni…mana budak Darius tu bior aku tengok sikit muka die..”suruh Imran sementara matanya melilau mencari siapakah Darius.
“Im…tak payah cari jauh-jauh..dia kat sebelah kau je” jawab Erika
“sori lambat..panjang giler beratur tadi..” Darius memecah suasana yang tegang
“Darius ni Imran kawan Eika” Erika memperkenalkan Darius kepada Imran.salam perkenalan diberi Darius dan disambut baik oleh Imran
“Jom la..movie dah nak start.. sori Imran got to go..anyway nice to meet you..”ajak Darius lantas terus menarik tangan Erika. Imran memandang dengan penuh perasaan geram.
Di dalam panggung wayang handphone Erika menerima khidmat pesanan ringkas dari seseorang, di bukanya kotak pesanan dan tertera nama Imran.
‘Erika..pas abis tengok wayang ko terus balik tau jgn nak pegi merayau kat mana2, apa2 hal ko msg aku..dah sampai kolej terus tepon aku’
Erika tersenyum membaca pesanan ringkas tersebut, Imran memang seorang yang mengambil berat walaupun dirinya terasa agak di kawal namun Erika selesa dengan keadaan sebegitu. Selesai habis menonton wayang Darius mengajak Erika ke restoran makanan segera antara sedar atau tidak hampir pukul empat pagi mereka masih lagi di situ. Kira-kira pukul lima pagi baru Erika sampai di kolej dan setibanya di rumah hanya satu perkara yang dilakukannya iaitu tidur hingga terlupa pesanan Imran.
“Ya Allah!! Dah pukul berapa ni???” terkejut Erika apabila mendengar jam loceng yang telah berapa kali berbunyi. Sepantas kilat Erika mempersiapkan diri takut ketinggalan bus untuk ke fakulti. Sesampainya di fakulti Erika memilih tempat duduk yang biasa didudukinya dengan Imran, kelihatan dari jauh Imran sudah berada di posisinya sambil duduk berborak dengan Iqbal dan Ikram.
“hai guyz sori lambat” celah Erika
“Imran ko dah makan??nape mata ko nampak lebam je?” Tanya Erika namun soalannya tidak di jawab oleh Imran.
“eh..aku tanya ni kan nape tak jawab?” Tanya Erika lagi
Dan kali ini Imran terus bingkas bangun dari tempat duduknya dan terus keluar dari dewan kuliah. Erika terkedu melihat perlakuan Imran lalu ditanya kepada Iqbal..
“kenapa ngan Imran tu?”
“dia emo ngan ko la..semalam kan dia dah pesan soh call dia bila ko dah sampai umah..dia tunggu sampai pagi tau” terang Iqbal
“Allah…aku lupa la Iqbal..penat giler semalam…adei…ko jaga tempat aku jap..” Erika bersuara
“ko nak pegi mana kuliah dah nak start ni…”pesan Ikram
“jap je..ko jage tempat aku ngan Imran k?” pinta Erika lantas terus keluar dari dewan kuliah untuk mencari Imran. Punat telephone bimbitnya ditekan untuk menelefon Imran.
“halo..Im… ko kat ne ni?”Tanya Erika
“ada ni..”jawab Imran ringkas
“yelah kat mana?” Tanya Erika pinta kepastian
“kat kafe..”
“wokey..tunggu jap kat sana..”pesan Erika lantas terus mematikan panggilannya..
Sesampainya Erika di kafe kelihatan Imran sedang duduk termenung.
Fuh!!! Mintak-mintak mamat ni tak emo teruk-teruk la… adei…cam ne leh lupe nak call dia….
“hai Imran…” tegur Erika yang sudah pun duduk di hadapan Imran
“hemmm…” jawabnya ringkas
“sory la Imran…bukan aku sengaja tak call ko..tapi aku betul-betul terlupe sebab penat sangat balik” jelas Erika
“ko balik pukul berapa semalam?” Imran bersuara
“pu..kul…5 pagi..”jawab Erika tergagap-gagap
“apa!! 5 pagi..”terbeliak mata Imran mendengarnya
“apahal sampai pukul 5 pagi?” tambahnya lagi
“tak..sebenarnya kiteorang gie makan..” belum sempat Erika menjelaskan sebabnya Imran terus menyampuk.
“gie makan sampai kol 5 pagi eh?” perli Imran membuatkan Erika terdiam.
Adei…nampaknya terpaksa la bagitau budak ni yang aku suka kat Darius..susah tol la cam ni…baru aku nak rahsiakan dari orang lain..terpaksa aku bagitau si Imran ni..
“macam ni..aku memang dah lama suka kat Darius..so bila ada peluang kuar ngan dia aku tak kan nak lepas peluang..” terang Erika lantas bingkas bangun meninggalkan Imran
“tapi kalau cakap ngan ko pun bukannya ko nak paham kan?” tambahnya lagi kecewa dengan sikap Imran yang memarahinya tanpa sebarang sempat dia menjelaskan situasi yang sebenar.
Erika masih seperti biasa walaupun hatinya terluka dengan sikap Imran, kebelakangan ini sikap Imran memang agak berbeza kerana Imran mudah kecil hati dengan Erika.
Apahal la ngan Imran ni.sikit-sikit nak emo.. aku call tak angkat..msg tak reply..nasib baik kat sini tak leh nak 3G kalau tak aku wat 3G call dia..ish!!sekali aku campak dalam tasik ni baru tau!! Biar ikan kat tasik ni makan dia!! Yataa!!!!! Getus hati kecil Erika. Tiba-tiba telefon bimbitya berbunyi
“hem… nak pe” Tanya Erika endah tak endah
“ko kat mana?” Suara Imran kedengaran dari corong telefon
“aku kat tasik..nape?”
“owh.. k..bye..” ganggang telefon terus diletakkan
Ish!!! Tepon aku juz tok cakap tu je?? Memang nak kena sumpit si Imran ni. Marah Erika sendirian sambil membaling sisa keropok ke dalam tasik.
Tiba-tiba lamunannya terhenti dengan kehadiran Imran yang serta merta duduk di sebelahnya.
“Eika..aku sebenarnya bukan pe…aku risau ngan ko..tu pasal la aku marah ko kuar malam aritu..” terang Imran tanpa dipinta
“aku tau..aku pun ngaku salah..tapi ko tak leh la nak hukum aku..aku tak sengaja…sori Im…”luhur suara Erika berbicara
“ko pun satu lain kali bagitau la yang budak tu ko minat…tak de la aku marah…”
“memangla aku satu je..kalau aku ada dua atau tiga pening kepala ko nak jage..!!!” balas Erika sambil ketawa.
“malu lah aku nak bagitau yang aku minat kat Darius..” tambahnya lagi
“banyak ko punya songeh eh!! Kita kan kawan mana leh main rahsia-rahsia..” balas Imran sambil mengetuk-getuk kepala Erika
“adei..sakitlah!!” marah Erika lantas terus mencubit peha Imran
Petang itu Erika dan Imran menghabiskan masa mereka di tasik mungkin setelah lama tidak duduk berborak bersama sejak insiden yang berlaku sebelum ini, Erika dan Imran merupakan teman baik, banyak aktiviti mereka lakukan bersama.
“Eika..jom main osom?” ajak Imran dengan wajah yang girang
“main osom…?? Buang tebiat ke?? Kan tengah kelas ni…” Tanya Erika keliru
“alah..jom r…”pinta Imran dengan lagak seperti anak kecil
“ko ni macam-macam la..mesti ko kalah punya..tak payah nak osom..osom..”balas Erika
“belum try belum tau..cepat r..!!” paksa Imran
Apa-apa jelah si Imran ni..merepek-repek je..tapi cute gak perangai dia ni..adei... nape ngan jantung aku ni…??? Nape berdegup macam aritu lagi..??? kenapa???
“wei..cepat aku dah ready ni…sape kalah belanja minum” jerkah Imran
“ok..ok..ready eh!!”balas Erika
Teman – teman mereka yang lain hanya mengelengkan kepala melihat gelagat Erika dan Imran yang lagaknya seperti anak-anak kecil.
“hahahahahaha…aku dah cakap..ko memang kalah punya..huh!! ni juara main osom tau..” bangga Erika bersuara
“ah kwu!! Itu kira nasib je tau…”balas Imran
“ah kwu!! ke....ah dek!! ke.. Aku apa kisah..janji ko belanja aku ari ni..tak puas ati kita return lagi lain kali” gelak Erika sambil menepuk-nepuk bahu Imran
“ye..ye…geram betul aku ngan budak ni tau..” Imran membalas sambil memeluk kepala Erika dan terus mengetuk-ngetuk kepala teman baiknya itu.
“adei..adei..wei orang tengok lah!!” jawab Erika ambil tertawa
“ah!!! Aku tak peduli…”balas Imran yang masih lagi melakukan aktiviti ketuk- mengetuk. Ketawa mula pecah di kalangan teman-teman mereka di kafe yang lucu melihat gelagat mereka berdua.
Kemeriahan yang dinanti-nantikan telah tiba Pesta Konvokesyen telah bermula Erika dan Imran seperti biasa tidak akan melepaskan peluang untuk melibatkan diri, oleh itu mereka berdua telah bersepakat untuk menjadi sebahagian daripada ahli jawatankuasa yang akan bertugas di sepanjang musim pesta itu berlangsung. Mereka berdua diletakkan di dalam unit yang sama iaitu unit pengurusan pentas, pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pelaksana pesta bagi menarik kehadiran pelajar dan penduduk di sekitar kawasan Universiti untuk ke tapak pesta. Pertandingan Battle of The Band merupakan acara kemuncak yang dinanti-nantikan oleh para pelajar, sebagai unit pengurusan pentas Erika dan Imran memang sibuk menguruskan segala persiapan untuk program tersebut.
“Eika ko ni ke sana ke mari…dah makan lom?” Tanya Fai yang juga terlibat dalam program tersebut.
“lom…jap gie aku makan la…”balas Erika yang sedang sibuk menyusun alatan muzik di atas pentas utama.
“wei..gie la makan dulu..kang ko tak sihat nanti lagi susah..”pujuk Fai
“jap..je lagi k!!! nanti aku gie makan ya sayang…” balas Erika cube menenangkan Fai
“owh..ko punya kejap lagi silap ari bulan boleh jadi 3 jam lagi…”marah Fai
“mak oi…cam mak nenek membebel..jap la..aku tengah susun barang ni jap…”
“degil eh..tunggu jap ya…” balas Fai dah terus pergi meninggalkan Erika yang sedang sibuk. Ketika Erika bertungkus lumus menyusun alatan yang ada di pentas utama tiba-tiba kepalanya di ketuk.
“adoi..!!! ni mangkuk mana yang ketuk kepala aku ni??” marah Erika lantas di pandang ke atas
“mangkuk eh…kau tu yang mangkuk bukan setakat mangkuk..tapi sudu..kuali..periuk!! Asal tak makan lagi??” kata Imran
Alamak…ni mesti keje si Fai…siap ko Fai aku jumpa ko jap lagi..aku jotos-jotos kepala ko!!! Kurang asem punya kawan..
“adei….sakit la Im…jap gie aku makan la…ko ni selalu tau ketuk-ketuk kepala aku” rajuk Erika
“ala..ala..sori la…ko tu degil..gie la makan..risau aku tau..” pujuk Imran sambil mengusap lembut kepala Erika
Ya Allah..jantung aku…dup..dap..dup..dap…pantasnya berdegup…apa sebenarnya ni…tak kan aku dah jatuh cinta dengan Imran??? Mustahil..mustahil…
“jom..kite gie makan..aku pun lom makan lagi..teman aku k” ajak Imran
“ok..ok.. ko ni..ni yang aku sayang ko lebih ni..” setuju Erika
Malam pertandingan Battle of The Band itu Erika bertugas di bahagian pengurusan peserta yang bakal naik ke pentas.
“hai..buzy nampak?? Sik penat ka?” Tanya salah seorang peserta lelaki yang sedang menunggu giliran naik ke pentas
“aoklah..nak buat macam mana..dah keje kan..so dah ready ke?” balas Erika
“hemm..dah..nama sapa?”
“Erika..awak?”
“Panggil Andy jak..”
“Erika dah ada boy friend ke?” tambahnya lagi.
Namun belum sempat Erika menjawab tiba-tiba..
“Sayang kan Bie dah cakap jangan wat keje kat sini..pegi jage bahagian urusetia” Imran mencelah lantas terus mengambil senarai nama peserta dari tangan Erika
“Sayang?? Urusetia??” Tanya Erika keliru
“pegi jelah..cube jangan degil bila Bie suruh” suruh Imran sambil menolak Erika ke tepi.
Apa ke merepek budak Imran ni?? Makan kerepek pisang banyak sangat ke?? Bila masa aku ngan dia couple nak bersayang-sayang..kan aku bahagian pengurusan pentas pe kejadah aku handel bahagian urusetia?? Bertalu-talu soalan keluar dari kotak fikiran Erika.
Tidak lama kemudian Imran kelihatan menuju ke arah Erika yang sedang membasahkan tekaknya di gerai VICO sambil menonton persembahan dari band budak lelaki yang menegurnya tadi.
“hai tak berkelip-kelip mata tengok??” peril Imran
“alamak..yang ko ni nape?? Jangan cakap jelez pulak” peril Erika
“mana ada jelez juz aku risau kan kau jew..budak-budak macam tu bukan boleh caya..dieorang nak seronok-seronok je..”
“aku tau la jage diri..ko jangan la risau sangat”balas Erika tenang sambil menghirup minuman VICO yang enak.
“ni bila mase aku jadi sayang ko?? Lagi satu kan memang keje aku kat pentas pehal kena gie kat urusetia?” tambah Erika lagi
“eh!!! Ko memang sayang aku apa?? Dah lupe eh?? Saje je aku wat cam tu bior terbatas sikit niat jahat die tu..” balas Imran sambil tersenyum
“bak sikit air tu..ko gie amik yang lain” kata Imran
“ish!!! Ngada-ngada betul la…” marah Erika
“ngada-ngada pun ngan ko je..ngan orang lain aku tak..” balas Imran sambil mengenyetkan matanya
“ah kwu!! sudahlah..macam aku tak kenal..dah aku nak gie wat keje aku.. papehal thankx pasal tadi..” balas Erika dan terus berlalu meninggalkan Imran
Masa terus berlalu namun degupan jantung Erika masih lagi berdegup tiap kali bertemu Imran, hatinya jadi tak keruan memikirkan apa yang terjadi berkali-kali diajar minda dan hatinya supaya melupakan perasan yang muncul tanpa diundang itu. Perasan itu betul-betul mengugat jiwanya, pelbagai persoalan muncul dikotak mindanya sehinggakan pada satu tahap Erika berharap ada teknologi yang boleh menformat minda manusia dan dialah yang akan menjadi orang pertama yang akan menggunakan teknologi itu.
Macam mana aku boleh ada perasan macam tu kat Imran..dia tu kawan aku…my bez friend!! Aku sama-sama susah payah ngan dia…aku sendiri tau yang dia suka kat Erina..aku sendiri support dia ngan Erina..tapi kenapa??kenapa tuhan uji aku dengan dia?? Tak pernah aku rasa susah dan sakit macam ni… Imran kawan aku…dia bukan macam Darius aku tak kisah hilang dia tapi..aku tak nak kehilangan Imran kerana hal remeh macam ni… bisik hati kecil Erika.
Kuliah pada hari ini dimulakan seperti biasa dan Erika masih lagi menafikan kata hatinya. Semester kali ini memang terdapat pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti dan pada esok hari pertandingan sukan air akan berlangsung semua pelajar dikehendaki datang untuk memberikan sokongan kepada rakan-rakan yang mewakili setiap kolej penginapan yang ada. Pada malam sebelum pertandingan upacara perasmian akan diadakan bagi memeriahkan lagi aktiviti yang akan dilangsungkan pada esok hari.
“Sayang ko gie tak perasmian sukan air malam ni” Tanya Imran selepas keluar dari dewan kuliah
“mestilah gie…dengar kata ada bunga api tau…”balas Erika meriah namun jantungnya berdegup laju seolah-olah hampir tercabut.
Ish..ish..lama-lama boleh mati sakit jantung aku..si Imran ni pun satu boleh pulak panggil aku sayang..adei..dia tak tau ke aku macam nak mati ni…getus hati Erika.
“Eika!!pehal ko geleng-geleng kepala ni?? Demam ke? Tanya Imran pelik
“tak la..aku sakit la…”jawab Erika ringkas
“sakit apa?nak gie klinik tak? Kite gie beli ubat eh?”gusar Imran berbicara
“aku sakit…sakit..sakit..sakit perut pasal tak makan dari pagi…” jawab Erika sambil tergelak cuba menafikan lagi apa yang dirasanya
“perh!!! Mantap kau punya ayat..ko ada tak bace jurnal yang madam Rosie bagi tadi?” Tanya Imran serius
“eh!! Madam ada bagi jurnal ke??? Aku tak dapat pun…”jawab Erika keliru
“hah..!!! ko tu la…tak peka… dalam jurnal tu dia ada tulis ada dua orang kawan baik baru balik dari kuliah namun kerana lawak salah seorang kawannya yang tidak menjadi telah membangkitkan kemarahan kawannya jadi kawannya itu telah mencampaknya ke dalam tasik yang berdekatan dengan fakulti mereka…macam tu lah lebih kurang..”terang Imran
“oh…kisahnya..Im.. ko pernah rasa tak rasa kasut converse warna hitam merah berada di posisi kanan paru-paru” Tanya Erika sambil mengetuk kepala Imran dengan fail.
“Ini sudah lebey…nanti ko rasakan mesin penggeli alaf baru!!” jerit Imran lantas terus mengeletek pinggang Erika yang sememangnya sensitive di bahagian pinggang. Ketawa mula pecah dikalangan mereka berdua,kebahagiaan jelas tergambar di antara mereka oleh itu Erika akan berusaha untuk menghapuskan perasan yang akan mengugat kemesraan mereka berdua.
Aku mesti hapuskan perasaan aku ni kat dia..mesti!!! demi aku dan dia..tapi macam mana eh?? Adei..sakit otak aku ni…apalah yang menarik kat si gila tu..memang lari dari taste aku betul..nilah agaknya orang panggil cinta itu buta..sekarang aku dah kena kat batang hidung sendiri..hai..nasib-nasib..
Malam itu Erika menerima pesanan ringkas daripada Imran.
Tunggu aku kat depan umah ko..aku amik ko naik motor..kita gie sesame tgok perasmian tu..pakai baju yang kita beli sepasang tu tau!!! Kalau ko tak pakai aku campak ko dalam tasik nanti..kahkahkahkahkahkah
“eleh..macam larat je nak angkat aku…uweek!!” bisik Erika
“apa yang ko uwek tu Eika??” tanya Nisa
“tak de Imran kate dia nak gie sesame ngan aku pastu soh pakai baju sesame ngan dia kalau tak dia campak aku kat dalam tasik..tu yang aku ‘uweek’ “ jelas Erika
“korang ni ada-ada jelah…ko layan kan aja die tu kang emo lagi…”balas Nisa
“sekali-sekala tu aku rase cam dia tu syok kat ko lah..tak kan ko tak perasan?” Tanya Nisa
“ish..!! tak de lah..aku ngan dia kan member kamceng memang la nampak rapat..tapi tak ade papelah.. tak kan mungkin timbul perasan cinta..” balas Erika seolah-olah menafikan apa yang dirasainya.
“yelah tu..hah!! panjang umur si Imran tu dah sampai pun..” Nisa bersuara
“wokey aku gerak dulu..jumpa kat sana k!!” balas Erika dan terus berlari anak khuatir Imran lama menunggu.
Suasana di tepi tasik memang meriah dengan lampu yang berwarna-warni, mereka memilih ruang tempat duduk yang betul-betul berhadapan dengan tasik.
“perh!! Meriah siot malam ni..”Erika bersuara dengan riak wajah ceria
“betul la Eika..mantap!! memang mantap sungguh..selalu kat sini punya la gelap..sampai tangga pun tak nampak” balas Imran
“tau tak pe..omak kau!!” rupa-rupanya kerana terlalu taksub melihat keadaan sekeliling Erika tidak perasan ada tangga sehingga dia jatuh.
“Ya Allah!! Eika..ko ok tak ni?mata ko letak mana?? Kat lutut ke??” Tanya Imran gusar dan terus melutut di depan Erika lantas terus membantu Erika duduk di tempat yang disediakan.
“adei..sakit la pok..mak ai..terkoyak jeanz aku.ish..aku dah jatuh pun nak marah gak...”
“bukan marah..nasihat sayang…darah ni..jom la balik kita taruk ubat dulu k..” ajak Imran
“alah..sikit jelah..tak pape la…lagipun nanti susah nak cari tempat yang best..”Erika membantah
“cube bila aku cakap jangan bantah…degil la ko ni..”marah Imran sambil mengetuk-ngetuk kepala Erika
“adei..ko ni macam nenek kebayan tau bila marah.. aku ok la..sikit je luka ni..” terang Erika
“banyaklah ko punya nenek kebayan..ok..ok..kau angkat sikit suar jeanz ko ni..biar aku cuci luka tu dengan air..buang kuman..”
“eleh..ko ni doctor ke?” peril Erika
“ko pernah baca artikel tak dalam surat khabar hari ni?” Tanya Imran
Artikel..alamak!! ni mesti dia nak kenakan aku lagi..baik jangan banyak songeh ada silap ari bulan aku betul-betul kena campak dalam tasik..
“artikel??hehehehe..tak pe la Im..ko cuci la luka aku tu yerk!!”balas Erika
“ha..tau tak pe..macam ni lah budak baik.. fuh!! Putihnya betis..gebu plak tu..hehehehe mantap..mantap…”Imran bersuara sambil memicit pipi Erika.
“ko dah lama idup ke?? Nak dengar artikel aku lak ke?” Tanya Erika
“ala..aku cakap yang benar la..hehehehehehe..”balas Imran sambil tersenyum.
Ish..mana Imran nie..kelas tak datang.. perjumpaan kelab pun tak gie..mana die gie ni..call langsung tak de.. msg jauh sekali la nak reply..mana la sayang aku ni… adei..aku call la jap…
“helo..Im.. ko ngah wat pe?” Erika memula bicara
“aku..kat bilik la..”lemah suara Imran berbunyi
“nape tak gie kelas..perjumpaan kelab pun tak datang.. ko ni cam tak sihat jew..”Tanya Erika
“emmm..aku demam la…”
“apa!! Demam dah makan ubat..?” Tanya Erika gusar
“lom..jap gie la…” balas Imran
“ok..ok..kau rest dulu k..jangan lupe makan..take care!!”
“ok..assalammualaikum..” Imran bersuara
“kom salam…”
Talian diputuskan Erika duduk di atas katil sambil menghadap laptopnya, gusar sungguh hatinya memikirkan tentang Imran. Dalam kegusarannya itu tiba-tiba Nina mengajaknya keluar membeli makanan di luar, seperti orang mengantuk di sorong bantal Erika terus bersetuju kerana dia teringat pesanan kakaknya.
Hem…air barli..boleh kurangkan panas badan..yes!! thank you akak..muahx!! pesananmu ku ingat sampai mati..hehehehehe
Jam di tangan menunjukkan pukul 5.30 petang, dalam perjalanan balik Erika meminta Nina menghantarnya sebentar ke hostel Imran untuk memberi air barli yang dibelinya tadi. Nombor telefon Imran didail namun tidak dijawab, di telefonnya sekali lagi barulah dijawab
“helo..Im..ko tido ke? Sori ganggu..wei turun kejap”pinta Erika
“turun..buat apa?” Tanya Imran keliru
“turun jelah aku nak bagi barang sikit ni..” pinta Erika lembut
“wei..apa ni?? Aku malas la nak turun lagi pun tak mandi gie..tak payah la bagi-bagi barang ni..”balas Imran dengan nada tegas
“perg!!! Ko boleh tak jangan banyak songeh pok!!! Ko ikut je sudah la..bukan susah pun..” suara Erika mula tinggi
“macam nilah..ko tak payah turun bawah aku naik atas sendiri..tak payah kuar rumah pun..aku gantung je bende ni kat depan umah ko!! Aku pun tak hingin nak jumpa ko!!!” tambah Erika dan terus mematikan talian telefonnya.
“bissmillahhirrahmannirahim…fuh!!Nina tunggu jap eh!! Saya nak wat kamikaze jap..”pesan Erika
“wei..awak nak gie mana tu?” Tanya Nina keliru
“saya nak naik bilik Imran jap..tunggu k!!”
“gempak la awak eika!! gambate!!” sokong Nina
Dengan lagak seperti pencuri akhirnya Erika berjaya meletakkan air barli di depan pintu rumah Imran,memang tindakan yang hebat dan boleh mengundang malapetaka jika pihak kolej mengetahuinya. Tindakan masuk ke dalam blok lelaki memang salah di sisi undang-undang Universiti namun Erika lakukan jua.
“apa yang ko buat ni Erika?? Ya Allah…” bisik hati Imran lantas terus menghantar khidmat pesanan ringkas kepada Erika.
Apa ni pok..jangan la caring kat aku sampai macam tu sekali..nanti aku jatuh hati kat ko susah lak kan..
Erika tersenyum membaca mesej dari Imran.
Tau pun ko susah kan..macam tu la apa yang aku rasa sekarang ni..adoi..aku dah wat keputusan aku akan bagitau kat ko gak tentang perasaan ni..aku terpaksa..aku dah tak sanggup tipu perasaan ni lagi..beratnya dugaan aku..
Kehidupan yang dialami Erika memang mencabar di akhir waktunya bergelar sebagai mahasisiwa tetapi semuanya dapat di hadapi dengan tenang namun kali ini dugaannya begitu mencabar ketahanan dirinya.. lagu cintaku terakhir yang dinyanyikan oleh kumpulan DUTA dimainkan berulang kali di dalam laptop miliknya..
Setelah lama kita berteman
hatiku ini terasa cinta Kau bagiku hanyalah kawan
tapi diriku rasa sesuatu Malam aku tak lena menginginkan dirimu
sukar untuk ku kata yang kaulah di hatiku Kau cintaku yang terakhir mungkin selamanya
kaulah satu teman hidupku akan ku mencintaimu Malam aku tak lena menginginkan dirimu
sukar untuk ku kata yang kaulah di hatiku Kau cintaku yang terakhir mungkin selamanya
kaulah satu teman hidupku akan ku mencintaimu Ku mengharap kitakan bersama
selama-lama teman cinta hatiku
Apa salah aku sampai dugaan aku hebat macam ni…tak tentu arah aku di buatnya.. siapa dia??apa hak dia buat jantung aku berdegup tak tentu arah?? Kenapa aku mesti bahagia bila jumpa dia??? Puas aku nak hilangkan perasan ni…
“ish!! Sape plak call aku malam-malam ni? Potong stim betul la..” marah Erika sendiri
“pok ngah wat pe?”suara Imran
“tengah..mengayam ketupat..” balas Erika
“buat lawak nampak..nak kena campak dalam tasik”
“tak de la..aku ngah layan lagu..asal tepon? Tanya Erika
“saja rindu kat ko..ko rindu kat aku tak?”
“ko sakit ke??”peril Erika
“alamak..aku tanya jawab la..” marah Imran
“ye..rindu kan dah lama tak jumpa ko..pelik la ko tepon aku..mesti ada pape ni..?”
“emmm..sebenarnya aku nak bagitau ko pasal Darius..” kata Imran
“hem…nape ngan dia..pasal dia dah ada couple ke?”
“aik!! Mana kau tau??” Tanya Imran keliru
“dah lama la..aku kuar ngan dia hari tu pun juz macam kawan jer..”
“so..yang ko cakap ko minat kat dia tu ko tipu la..?”Tanya Imran lagi
“mana ada tipu memang aku minat kat dia..tapi juz minat je lah..”terang Erika
“owh..maksudnya tak de la fellin-fellin ni?”
“ada..tapi tu sume dulu..ko pernah dengar tak kalau kita sayang seseorang tu kita sanggup tengok dia bahagia walaupun bukan dengan kita?” duga Erika
“ada tapi aku tak percaya la bende tu sume pok?? Karut!!”
“ko kena percaya sebab aku buat perkara tu..and sekarang aku bahagia..”
“so..ko sekarang dah tak de suka kat sesapa ke?” soalan Imran betul-betul mengejutkan Erika
“ada…tapi aku tak tau nak buat apa..perasan ni betul-betul bunuh aku” jujur Erika berkata
“sape die??sape yang bunuh perasan ko tu??cakap la..”pinta Imran
“nantilah..aku belum sedia lagi..satu hari nanti..kau orang pertama akan tau sapa budak yang wat jantung aku berdegup tak tentu arah…”jelas Erika
“ok la..Im..aku nak tido la..nite..”
“ok..nite sayang..”
Inilah tahun terakhir Erika bergelar sebagai mahasisiwa tidak lama lagi gadis ini akan melangkahkan kakinya ke alam pekerjaan dan akan meninggalkan segala kenangannya di sini, adakah Erika akan terus mendiamkan diri dengan merahsiakan perasaannya terhadap Imran atau gadis ini akan memberitahu apa yang dirasainya kepada Imran?
“Im..hari ni last day kita exam kan..jom kuar nak tak??”ajak Erika ketika mereka sedang menunggu masa untuk masuk ke dewan peperiksaan.
“hem..satu cadangan yang bagus!! Ok..nanti pukul 3 aku amik ko k!!”Imran bersetuju
“wokey!!gud luck k!!” jawab Erika girang
“gud luck tok ko gak!!” balas Iman sambil mencuit hidung Erika
Aduh!!! Betul la..kalau terus macam ni bukan setakat sakit jantung!!! Darah tinggi plus kencing manis pun aku boleh dapat pakej penyakit.... kompom hari ni aku mesti bagitau kat Imran..tapi boleh ke?? Dia boleh terima ke?? Ah!!! Tawakal je lah..this is the first and the last aku akan wat!! Fuh.. yataa!!!
“wei..pehal lama sangat bersiap macam mak datin..” marah Imran yang sudah lama menunggu Erika
“sorilah…aku gosok tudung tadi..baru lewat 10 minit dah bising macam 10 jam..” balas Erika sambil mengambil helmet dari Imran
“tengok tu..melawan..melawan..campak dalam tasik baru tau..”marah Imran dengan tangannya mengetuk dahi Erika
“adei..sakitlah!!! meh..sini..aku ketuk ko plak..bior ko rase sakit ke tak??”
“berani ketuk la..aku cium ko nanti..ketuk la!!”cabar Imran
“owh..main kasar ni..tak pe..ada ubi ada batas..harapkan pagar..pagar tak siap lagi..jawab..jawab..”balas Erika
“itu pantun ke syair?? Ko ni ada-ada je tau Eika..aku tak tau la cam mana hidup aku tanpa ko?” jujur Imran berkata buat hati Erika terasa sayu
“entahla Im..aku pun terpikir gak cam mana la hidup aku tanpa ko..mesti sepi..”
“eh!! Dah la..jangan nak sedih-sedih plak kita nak gie mana ni?”kata Imran cuba menghilangkan suasana hiba tadi
“hemm..kita pusing-pusing kuching nak tak??? Lagipun pas ni ntah bila nak datang lagi..”
“time konvo la sayang oii…” balas Imran sambil mencubit pipi Erika
Sayang lagi….adei..pengsan aku dibuatnya…imran..imran…ko betul-betul buat aku sakit mental.. jangan aku masuk tanjung rambutan sudahla…penat-penat parents aku hantar belajar jauh-jauh..last-last masuk tanjung rambutan..kalau tanjung piai tak apa la jugak tak pun jadi pelakon untuk nana tanjung…!!! Tapi apa-apa hal pun aku tak boleh pandang ke belakang lagi..coz nak jalan memang kena pandang depan karang terlanggar pulak tiang!!! Buat lawak sengal+bengap pulak aku ni…
Erika sudah membuat keputusan muktamad dia akan beritahu Imran tentang perasaannya kepada Imran,Erika dah sedia menanggung apa-apa saja risiko yang bakal di hadapinya kerana itu kali pertama dan terakhir dalam hidup Erika akan beritahu tentang perasaannya kepada lelaki yang telah membuat jantungnya berdegup tak keruan. Namun hati kecilnya berbelah bahagi untuk mengakui adakah tindakan yang akan dilakukannya adalah betul, tapi Erika tidak mahu mengundur balik ke belakang baginya alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
“fuh!!! Penat giler aku pok!! Tapi bez r…nanti sebelum balik kita kuar lagi nak tak?? Kita over nite k??” Tanya Imran sambil menghuluran setin air coke kepada Erika
“tau tak pe….thankz!!! ko belanja ke air ni?” peril Erika
“tak la..apek yang jual air tu yang belanja…”balas Imran
“owh..ye ke..baik betul apek tu eh??”
“memang la baik!! Ko dah bace surat khabar hari ni..?”Tanya Imran
“surat khabar apa??”Tanya Erika pura-pura tidak tahu
“surat khabar Imran Borneo..” balas Imran dan seperti biasa kepala Erika akan di ketuknya
“sakitlah…”marah Erika
“ko ni tipu tau..mana ada sakit..aku ketuk-ketuk manja je tu..”
“hehehehehe..aku saja je nak manja-manja ngan ko..”balas Erika lalu terus meninggalkan Imran
“wei..nak gie mana tu??” Tanya Imran
“nak gie toilet ko nak ikut ke..?”
“toilet!! Wow!! Baik-baik kalau jalan jangan pandang belakang..”pesan Imran
“nape??” Tanya Erika gusar
“kalau pandang belakang nanti terlanggar tiang kat depan!!” jawab Imran sambil ketawa
Senget punya budak!!! Mentang-mentang dia tau aku penakut..dia kenakan kau eh..tapi budak senget ni jugak yang aku suke..adei..dia yang senget ke aku yang senget?? Ntah la…tipah tertipu bang..tipah tertipu..aik!! apa aku merepek ni??? Owh..mungkin sebab aku pun dah banyak makan kerepek kot..huhuhuhuhuhu
Erika tersenyum melihat gelagat Imran yang sibuk melayan kerenah seorang anak kecil yang ada berdekatan dengan Imran, dapat dilihat kemesraan Imran dan kelembutannya. Imran jarang untuk tersenyum dan ketawa tapi Imran memang terkenal dengan sikap ramahnya.
“hai layan anak ke?” Tanya Erika sambil melabuhkan diri di sisi Imran
“yelah..nak berlatih tak lama lagi dah abis belajar..pastu keje..pastu apa lagi kahwin lah!!!” jawab Imran girang dengan gaya seperti kanak-kanak dapat gula.
“hotak ko lah!!! Kahwin yang di pikir dulu..” balas Erika sambil ketawa terkekek-kekek
“betullah..eh!! tadi ko nak cakap sesuatu ngan aku apa dia??” kata Imran sambil meletakkan tangannya di belakang Erika
Alamak!! Mamat ni..macam tak sabar la pulak..aku nak putus nyawa kat sini dia tak tau ke?? Fuh!! Tenang Erika..tenang…
“ko ingat tak pasal budak lelaki yang wat aku tak tentu arah tu…”
“ingat..ingat dari aritu aku nak tau…tapi ko tak gie tau gak..” balas Imran
“fuh…wokey..budak tu nama dia Daniel Imran bin Yusoof” tenang Erika menyebut nama penuh Imran hingga membuatkan Imran terdiam membisu.
“kau pasti ke Erika apa yang ko rasa ni?? Aku tak silap dengar ke ni?? Aku ke budak tu?” Tanya Imran keliru.
“yup!! Kau la..sebab tu aku tak nak bagitau kau awal-awal aku cuba nak lupekan perasan yang ada ni..tapi serius Im..aku tak boleh..” Erika tunduk ke lantai tidak tahu ke arah mana yang harus di pandang.
“aku tak tau nak cakap apa Eika..aku betul-betul terperanjat..” jelas Imran
“aku tak harap apa-apa kat kau Im..cukup aku nak kau tau yang aku sayang kat kau..aku juz nak bagitau tentang perasan aku ni jew..aku tak harap kau untuk terima cinta aku ni..” jelas Erika jujur
“aku harap lepas ni kita dapat kawan macam biasa aku tak nak kerana hal ni kita tak rapat macam dulu..aku tak nak Im..aku mintak maaf kalau hal ni buat ko rasa tak selesa” tambah Erika
Tangan Erika dipegang erat oleh Imran didakap erat tubuh Erika kedengaran dengan jelas degup jantung gadis yang berani meluahkan kata hati dan perasaannya kepada Imran, namun apa yang mampu dilakukannya..Imran keliru tapi di harus buat keputusan supaya tidak lagi menyebabkan Erika derita. Imran memang sayang Erika tapi hanya sayang sebagai seorang kawan yang paling istimewa dalam hidupnya namun untuk menjadi yang teristimewa Imran tidak begitu pasti.
“Eika..aku hargai perasaan kau kat aku..aku bahagia ada orang sayang aku macam kau..tapi aku rasa kita ni ditakdirkan sebagai kawan…kawan yang paling baik”jujur Imran meluahkan kata hatinya
Erika tersenyum mendengarnya walaupun di hatinya hanya tuhan yang tahu..namun itu yang terbaik bukan sahaja untuk Imran tetap untuk Erika juga.
“makaseh Imran aku harap kita still kawan cam dulu k!!” Erika berlagak seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
“jom la Im..dah lewat ni..nanti kena tahan pak guard plak..” ajak Erika
“wokey!! Jom budak bucuk!!!” balas Imran
“mana ada busuk ko yang busuk tau!!” Erika menjawab sambil mengepitkan kepala Imran di ketiaknya.
“hah!! Cium ko bau ketiak aku!!!” ketawa mula pecah diantara mereka walaupun sebentar tadi berlaku kejadian yang tak diduga dalam hidup mereka.
Sudah beberapa hari peristiwa yang mengejutkan itu berlaku dan masih lagi menjadi rahsia diantara mereka berdua, Erika dan Imran masih lagi ceria seperti selalu namun Erika perasaan wujud rasa kurang selesa dan kekok di antara dia dan Imran di cuba untuk berlagak biasa namun tetap tidak boleh. Imran pun kini telah mula menjauhkan diri dari Erika sedikit demi sedikit demi untuk memberi ruang pada Erika dia tidak mahu teman karibnya derita kerana dirinya.
Erika..aku terpaksa buat macam ni..bukan aku nak seksa kau cuma aku nak bagi ruang untuk kau bernafas…kau orang yang istimewa dalam hidup aku.. bisik hati Imran
“Imran..ko nak ikut tak kua makan ngan geng-geng kita jap gie?” Tanya Iqbal
“Eika ada x?”
“adalah..lagi mau tanya.. dah tentu dia member kita apa punya soalan susu gains plus ko tanya??” jawab Iqbal yang sedang sibuk mencari beg dompetnya
“tak pe lah..kim salam kat sume eh..aku nak kemas barang la..”Imran berdalih
“Eh kau ni…esok dah nak balik jumpa la kawan-kawan kejap..Erika ngan Ikwan pun balik esok gak!! Jangan kata ko nak jumpa time konvo plak!!” tegur Iqbal yang pelik dengan sikap Imran yang berubah sejak akhir-akhir ni.
“nanti aku jumpa la dieorang kat airport” balas Imran ringkas lantas terus memasang MP3 ke gegendang telinganya
Suasana di kafe malam itu meriah seperti biasa walaupun ramai pelajar yang akan mengakhiri masa mereka di sini, sama seperti Erika dan rakan-rakan. Hati kecilnya memang sedih dengan tindakan Imran sejak kebelakangan ini terdetik rasa menyesal dan bersalah dalam dirinya namun apakan daya Erika hanya manusia biasa. Rindu di hati bagai tak terkata hendak saja dia pegi ke hostel penginapan Imran rindu untuk melihat gelak tawa, senyuman dan perangai Imran yang menjadi penghibur hatinya namun terpaksa di pendam.
Imran kenapa kau buat aku macam ni??…aku harap dapat jumpa kau untuk kali terakhir sebelum aku meninggalkan tempat di mana persahabatan kita bermula, aku nak bagitau kat ko bertapa bertuah aku punyai kawan macam ko..ko memang satu perkara yang paling indah berlaku dalam hidup aku..aku harap aku dapat jumpa kau my bez frenz!! Bisik hati kecil Erika dengan air matanya yang jernih jatuh ke pipinya.
Hari terakhir di negeri orang Imran telah membuat keputusan untuk tidak berjumpa dengan Erika dia tidak sanggup melihat wajah Erika untuk kali yang terakhir. Hanya khidmat pesanan ringkas yang di hantar kepada Ikwan.
Wan..ko tolong jaga Eika macam aku jaga dia..aku balik dulu nanti ada masa kita jumpa..soh Eika jaga diri baik-baik aku mintak maaf tak dapat jumpa korang
“Eika..nah bace msg ni..Imran bagi kat aku..tapi ko bacalah…” Ikwan menghulurkan telefon bimbitnya kepada Erika
“sampai ati Imran wat aku cam ni..?? sedih aku wan..” sedih Erika kerana Imran buat begitu pada Erika
“saborlah..ala nanti time konvo kita jumpa la..” Ikwan menenangkan Erika
Erika menggengam erat tangannya di tarik nafas dalam-dalam dan kali ni kali terakhir dia nekad untuk lupakan Imran buat sementara waktu, diambil computer ribanya lalu di taip segala luahan hatinya kepada Imran..
Imran kau tau tak bertapa sakitnya hati aku bila kau buat aku macam ni..tapi tak pe aku tau kau buat tu sume untuk kebaikan kita.. so this is the last mail that u will get from me..thiz iz juz 4 u.. (puisi K.A.M.U)
Erika aku mintak maaf..aku tak tau nak kata apa lagi..aku bertuah Eika ada orang yang sayang aku macam ni sekali..Terima kasih atas segalanya..nape aku hipokrit!!!nape aku tak boleh terima dia..??? kenapa??? Erika kalau andai betul ada jodoh kita kau akan ku pilih jadi permaisuri hati ku..buat masa ni biar kita buat haluan sendiri.. Bisik hati kecil Imran sambil matanya memandang permandangan di bawah kapal terbang yang sudah mula meninggalkan negeri dan tempat yang menyimpan seribu satu kenangan manis dia dan Erika.
NUKILAN,
~~Aku Kartun~~
0 comments:
Post a Comment