Friday, August 13, 2010

oh!! kucingku istimewa~~

Kucing kesayanganku BOBO

oh!! kucingku istimewa~~

tengah dok rindu dekat Kucing2 cha di rumah...tetibe jer terjumpa beberapa maklumat yg wat cha rasa happy sangat!!!
Sayangi Kucing Anda......
Kucing Teman Baik Anda !!!


Kucing merupakan haiwan yang Menarik, penuh enigma, bijak, comel,manja dan menghiburkan.

Sains masa kini berjaya menyingkap sesetengah misteri yang menyelubungi haiwan ini. Kajian membuktikan Kucing yang kita sayangi dan hargai sebagai teman sebenarnya mendatangkan manfaat yang besar kepada manusia.

Kucing merupakan teman hebat dan ia kini dijadikan mod terapi, khususnya untuk warga tua dan warga kurang upaya

Kanak-kanak yang membesar bersama Kucing biasanya lebih berjaya dalam kerjaya dan perhubungan mereka dewasa kelak.

Kajian di Amerika Syarikat mendapati bahawa 94% daripada ketua eksekutif pernah memiliki haiwan peliharaan semasa kecil dan kanak-kanak yang mempunyai haiwan peliharaan lebih memahami konsep keprihatinan, perkongsian, tanggungjawab dan kasih sayang. Mereka juga lebih berjaya menjalinkan hubungan yang mesra sebagai orang dewasa.

Aksi membelai Kucing telah terbukti berkesan menurunkan tekanan darah. Hasil
tinjauan di Australia membuktikan memiliki haiwan peliharaan sama berkesan menurunkan tekanan darah seperti mengurangkan minuman beralkohol atau mengambil kurang garam.


Pemilik Kucing mempunyai tahap kolestrol darah yang lebih rendah,
purata 2% lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.


PemilikKucing menanggung risiko penyakit jantung yang jauh lebih rendah berbanding mereka tanpa haiwan peliharaan.

Memiliki haiwan peliharaan seperti Kucingdapat membantu proses pemulihan pesakit daripada serangan penyakit jantung.

PemilikKucingdidapati mempunyai kesihatan psikologi yang lebih baik daripada bukan pemilik Kucing. Kucing memberi tuannya sokongan emosi khas dan merupakan teman yang hebat sambil menjauhkan gejala kemurungan keseorangan, kecemasan dan lain-lain.

Kucing sesungguhnya baik untuk kita. Ia menyerlahkan kesihatan dan merupakan teman sejati selain membekalkan anak-anak kita dengan keyakinan dan tanggungjawab agar mereka membesar menjadi orang dewasa yang riang dan seimbang.

ini die black

ini pula snow

yang ini pula aduka n' aduhai

2 comments:

nadirah daud said...

cha,kucing2 awk bersih kannn...suka lah sy pd kucing2 yg bersih....tp,camne nak bela kalau sy x reti bersihkan dia....uuuuuuu

chaca said...

kena la belajar cara2 nak bersihkan....
huhuhuhuhuhu......

Post a Comment